
Assalamualaikum semua..apa khabar?Haa macam mana cuti raya seronok tak? Paknil pasti semua dalam keadaan happy?angan sedih2 ok?ang ada masalah dengan segala himpitan banyakkanlah bersabar. Semoga apa yang berlaku mungkin ada hikmah disebaliknya.

Belum terlambat lagi Paknil nak mengucapakan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN buat semua pendengar ERA yang dikasihi sekalian. Jika selama ini semasa bertugas atau di luar tugas mungkin kata-kata Paknil pernah menginggung perasaan mana-mana pihak. Dengan rasa rendah diri salam kemaafan Paknil hulurkan. Insyallah paknil akan mula bekerja pada 13 Oktober ini. Al maklum sajalah inilah kesempatam paknil untuk bercuti panjang bersama keluarga tercinta setelah sibuk bekerja sebelum ini. Paknil harapkan semoga Aidilfitri kali ini membawa seribu kemanisan buat anda semua.


Assalamualaikum¡apa khabar semua? Yeah tinggal beberapa hari je lagi kita nak beraya¡Haaa baju raya dah cukup ker? Ye la nak pakai masa raya pertama la¡Open House la¡macam-macam la. Pesan Paknil berpada-pada la kalau berbelanja tu, jangan sampai kering kontang pulak dalam akaun lepas raya nanti. Jangan ingat nak pakai duit masa raya jer. Ok la itu cerita pasal raya. Kita masih dalam bulan puasa lagi. Seperti biasa jemputan demi jemputan majlis berbuka puasa yang Paknil terima.

Inilah wajah2 yang menceriakan Majlis Temujanji Bersama Paknil kat Mum's Place.
Tapi jemputan yang satu ni memang istimewa sangat¡Akhirnya pada tanggal 22 September 2008 Paknil dapat bertemu dengan pemenang 'Temujanji Bersama Aznil'. Seronok sangat dapat jumpa diorang ni antaranya Anne, Has, Mastura dan Alia. Terima Kasih byk2 atas kesudian mereka untuk hadir di Majlis Berbuka Puasa semalam Lagi satu paling istimewanya majlis ini diadakan di restoran kegemaran Paknil iaitu The Mum¡¯s Place, Damansara Perdana. Terima Kasih Mum¡¯s Place dengan hidangan yang sangat sedap seperti Ikan Jenahak Masak lemak, Semur Daging, Udang Sambal Petai, Ayam Goreng Berempah dan banyak lagi..Yummy!



Inilah Anne! Terima Kasih ye atas sokongan awak selama ini.
Apa yang paling penting dapat bertemu dengan kawan baru. Kalau nak tau salah seorang dari pemenang yang hadir yang bernama Anne adalah pengunjung setia blog peribadi Paknil. Dia ni memang rajin bagi komen dan semangat kat Paknil. Selain ada blog kat era ni, Paknil ada blog peribadi kalau senang tu lawat la aznilnawawi.blogspot.com . Kat Facebook pun ada just taip AZNIL HJ NAWAWI leh masuk group Paknil.

Sorang lagi yang anggun berbaju kurung merah namanya Mastura. Student lagi dia ni. Orangnya senyap tapi memang suka ambil gambar Paknil senyap2 hahahahah¡kelakar la adik ni. Tapi sesekali bersuara tu boleh tahan gak dia ni.

Lagi sorang namanya HAS, peramah orangnya¡janjinya nak bawa anaknya datang sekali tapi atas sebab yang tak dapat dielakkan anaknya tertinggal hahahah¡ciannya. Tak sempat dia nak bawa anak-anaknya. Apalagi terus Paknil srh maknye call anak2nya di rumah. Lama jugak Paknil berborak dengan anak2nya. Memang cukup keletah suaranya samapai Paknil pasang ¡®loudspeaker¡¯ kat phone sampai tak henti2 ketawa semua orang.

Akhir sekali yang datang adalah Alia. Dia datang lambat sikit¡takper yang penting berjaya jugak sampai kat Mum¡¯s Place jugak. Alia ni manis orangnya dan yang paling muda, umur dia baru 16 tahun.

Sweet sangat dia ni¡belajar rajin2 ye¡Cian dia tak bawa kamera semalam. Ok tataplah gambar Alia puas2 kat sini yer. Banyak bendala yang kami borakkan nak tau apa¡ehem.. mana boleh bagitau. Rahsia hanya eksklusif buat mereka berempat jer.
Lepas borak lagi dan lagi¡Tibalah masa untuk paknil menyerahkan cenderahati dari pihak ERA buat semua pendengar bertuah. Bukan itu saja mereka juga menerima Kad Hari Raya istimewa dari Paknil¡dan lagi best setiap seorang dari mereka telah menerima Duit Raya dari paknil. Seronok kan! Fuh enjoy sakan mereka ni.


Tengkiu Anne dan Alia...
Selain itu Paknil juga menerima hadiah dari Alia dan Anne. Terima Kasihla banyak2. Kepada Anne, Has, Mastura dan Alia terima kasih di atas sokongan anda untuk Paknil dan ERA.
Korang memang best!!!


Masa borak kat phone dengan anak Has..kelakar sangat!

Bye...semua : )

Assalamualaikum?Apa khabar? Paknil harap semuanya baiK2 belaka. Post sebelum ni Paknil dah cerita pasal Penyu...Haaa jangan lupa menonton filem animasi TEENAGE MUTANT NINJA TURTLE versi Bahasa Melayu pada 28 September ni jam 10 malam. Rakan sekerja Paknil Kieran pun ada juga.
Selain itu Paknil nak ajak menonton lagi satu program best sempena Hari Raya nanti. Apalagi rancangan raya paknil la. Namanya GLAMOR RAYA...
Rakamannya telah diadakan pada 18 September yang lalu di Astro. Mak oi..Memang meriah terima kasih la pada semua penonton yang datang dengan baju raya kreatif masing2 yang tak hengatlip lap lapberkelip2. Ada yang bersiap mengalahkan Artis?tulah semangat yang kita nak.Rugi tau saper yang ada bakat terpendam tak masuk.

Ni la antara penonton yang 'dress to kill' dalam Glamor Raya. Dan pemenangnya....Tunggu la...hahahah

Fakta menarik tentang baju ni..Sebenarnya Baju Melayu yang paknil beli ni kosong je pada asalnya, Taburan batu lap lip lap lip kat baju tu Paknil yang lekat sendiri kat rumah. paknil pun nak Glamor gak...


Dalam balang cantik tu la nombor para peserta akan Paknil cabut...Mari kita lihat saper yang kena...
Paknil memang enjoy semasa rakaman program ni. Jangan terkejut program ni nanti tak ada barisan artis popular. Artisnya adalah penonton itu sendiri. Bestkan!

Setiap penonton yang datang mestilah berpakaian kreatif dan mereka perlu mendaftarkan diri terlebih dahulu. Paknil pun akan memilih nombor peserta secara rawak. Mereka yang terpilih ni memang dah bersedia dengan lagu rayamasing2. Semuanya bergantung pada nasib! Ada jugak yang datang pakai baju meletop tapi nasib tidak menyebelahi mereka.Nombor tak naik sampai ke sudah. Takper jangan putus asa.
Banyak kategori yang dipertandingkan, dan mereka akan memenangi duit raya yang lumayan hahahah. Ni dia kategorinya:
- Tempat Pertama ( Juara) RM 2000
- Tempat KeduaRM1000
- Tempat Ketiga RM500
- Peserta Paling Sporting RM500
- Pakaian Paling KreatifRM500
- Penonton Paling Happening RM500
Malah bukan itu sahaja, ada jugak kategori untuk krew Astro yang Pakaian Paling Pelik RM250. Sepanjang rakaman memang kelakar berguling2 dengan gelagat sporting semua peserta.
Ingat lagi tak Pengacara rancangan Glamor Gila yang tayang kat @15 dulu-dulu. Saper lagi kalau bukan Dollah Chantek...cantik ke? hahaha...Beliau akan membuat kemunculan dalam rancangan ni.

Jadi jangan lupa kita bergelak ketawa bersama2 sambil makan kuih raya di Hari Raya nanti. Rancangan ini akan disiarkan di Astro Ria pada Hari Raya kedua jam 10 pagi.Yang penting banyak Keeezzzuuutan dalam program ni. Nak tau lebih lanjut...tunggula Raya kedua nanti.

Mari bergumbira dalam GLAMOR RAYA.

Kakak2 ni akan menjadi Kump. Ideal Sisters dengan lagu raya mereka.

Haha ni antara peserta veteran yang memberikan saingan sengit.
Adik yang berbaju merah tu pulak adalah peserta termuda umur baru 16 tahun. Ehem...ehem...

Wah tengok tu..macam artis profesional tu..nak bunga kat atas kepala tu boleh?

Assalamualaikum¡apa khabar semua? Pejam celik pejam celik dah nak beraya dah kita semua. Sekarang ni semua orang tengah sibuk dengan persiapan raya masing2. Paknil pun tak terkecuali juga, masa ni lah nak cari kuih raya yang sedap2. Pada yang belum beli tiket balik kampung tu jangan berlengah lagi¡nanti ada yang menyesal tak sudah tak dapat balik beraya. Dalam dok sibuk membuat persiapan raya tu. Haaa¡jangan lupa pada 28 September ni untuk menonton Filem Teenage Mutant Ninja Turtle dalam versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang akan ditayangkan pada tarikh tersebut jam 10 malam di saluran Starmovies (413) di ASTRO.
Buat kali keduanya Paknil menyumbangkan suara dalam filem animasi selepas 2 tahun lalu menerusi filem animasi ROBOTS. Paknil memang teruja semasa melakukan proses alih suara untuk kedua2 filem tersebut. Sekurang-kurangnya dapatla merasa macam mana para pelakon kat Hollywood melalui proses yang sama. Cuma cabarannya kali ini nak menyesuaikan tiap patah perkataan dengan gerak bibir kartun tu jer. Maklum sajer la filem ini asalnya dalam Bahasa Inggeris. Kali ni Paknil memegang watak sebagai Raphael..Haa kalau nak tau penyu yang pakai pengikat mata warna Merah tu la.

Selain Paknil yang menjadi sahabat Raphael adalah Mawi, Nabil dan Kieran yang memegang watak sebagai Donatello, Michaelangelo dan Leonardo. Selain itu filem ini turut melibatkan Sarimah Ibrahim, Salih Yaakob, Zahid, Dafi, Ekin dll.
Pada 17 September yang lalu, bertempat di Le Meridien Hotel, KL telah diadakan Majlis Berbuka Puasa dan Sidang Akhbar filem ini. Memang seronok dengan kehadiran pelakon2 yang hadir dan rakan2 dari Astro, Starmovies, pihak media dan sebagainya. Pada majlis macam ni la dapat bertemu dengan kawan2 untuk bertanya khabar.

Jadi buat semua, jangan lupa berkumpul depan TV untuk menonton filem ini ok. Terutama sekali buat kanak-kanak mereka pasti suka. Kat bawah ni ada info sikit mengenai tayangan filem ini :
Ulangan TMNT dwi bahasa, Melayu dan Inggeris akan ditayangkan pada:
• 11 Oktober 2008, jam 11 malam,
• 12 Oktober (3.15 petang),
• 16 Oktober (9.30 malam)
, • 25 Oktober (1.15 petang),
• 28 Oktober (9.30 malam)
• 10 November (1.20 petang).

Inilah suara-suara macho Ninja Turtle..

Paknil bersama Mawi...Berseri tak muka Mawi...ye la orang tengah bahagia heheh...
Jangan marah...Paknil dapat posing dengan Rangga ...Nicholas Saputra la..memang cool dia ni

Paknil ditemuramah oleh Nicholas Saputra. Beliau juga turut menyumbangkan suaranya untuk TMNT versi Indonesia.

"Ya betul sayalah penyu yang dimaksudkan"




dua remaja sedang berposing...heheheh

Assalamualaikum..buat apa tu? Sihatker? Paknil harap semuanya berada dalam kesihatan yang agak memuaskan. Ni nak tanya kat korang semua. Dah pergi menjelajah kat semua Pasar Juadah ker? Kat mana yang paling best? Bagitaula Paknil?
Paknil alu-alukan korang semua tinggalkan komen bagitau Pasar Juadah kat mana yang paling happening?paling best?ang penting makanannya dijamin sedap-sedap belaka. Insyaallah Paknil akan pergi kat tempat tu.
Cerita pasal Pasar Juadah ni minggu lepas ( 14 Sept 2008) Paknil berkesempatan turun ke Pasar Juadah Setiwangsa. Memang meriah orang menjual juadah untuk berbuka ni..berderet ?deret gerai sepanjang jalan kat sini?acam2 warna?acam2 bentuk?haaa rasa pun macam2 ada jugak?alaupun keadaan hari tu hujan?bak kata Nadia AF6 Redah Jer!! Paknil pun meredah hujan nak dapatkan juadah aritu. Paknil pun ada perasan gerai Popia Nadia pun ada kat situ.

Sambil membeli dan pilih lauk, Paknil pun turun padang gak tolong ada sorang brader ni berniaga..ye la nak gak merasa pengalaman berniaga, memang best dan Paknil akan ingat sampai bila2!!! Terus orang serbu kedai brader tu?aper nak jawab Hahaha?

Memang inilah salah satu kemeriahan di bulan puasa ni. Kemeriahan Pasar Juadah kat mana2 jer. Memang kalau tak pergi Pasar Juadah rasa macam tak sah?o enjoy ek gambar aksi Paknil membeli belah dan jadi peniaga kat Pasar Juadah aritu. Jumpa Lagi..Jangan Ponteng Puasa Tau! hehehe?

ya....mari...mari...rapat...rapat...jangan segam ..macam-macam ada...Asam Pedas jangan Lupa Lirik ada...kerabu mangga Tom Tom Bak pun ada...Sambal Udang Kring-kring...Jawabla...Nasi Kerabu Macam-Macam Aznil ada jugak...keluar duit angkat saja..hahahah

Halloo..tengah watper tu? Terima Kasihla sudi masuk blog Paknil ni. Baiklah seperti yang dijanjikan, kali ni Paknil nak bercerita tentang MINI SHOWCASE MEET UNCLE AZNIL kat GENTING HIGHLANDS pada 30 Ogos yang lalu. Walaupun agak lambat sikit Paknil tetap akan tunaikan janji Paknil.


Inilah kemeriahan MUA, terima kasih semua!
Sambutannya hanya tuhan yang tahu perasaan syukur Paknil masa tu. Terharu sangat dengan sokongan semua. Dianggarkan seramai 3000 penonton yang hadir menyaksikan ¡°MUA¡± yang berlangsung selama 1 jam setengah. Ada yang sanggup naik ke Genting dari Johor, Penang pun ada demi nak bawa anak-anak masing2 malahan pelbagai bangsa pun ada. Seronok tengok perhimpunan yang muhibah aritu.

Bukan itu sahaja bagi yang telah mendapatkan album Paknil mereka dapat jumpa Paknil secara personal dengan family dan dapat tangkap gambar dan otograf dari paknil. Terima Kasih di atas sokongan anda semua..minta maaf jika ada yang tak sempat paknil layan dan tunaikan permintaan mereka al maklum sajalah ramai sangat orang masa aritu. Apa yang penting semuanya terhibur dan dapat enjoy sama2.

Pelbagai acara menarik yang disajikan istimewa buat semua yang hadir. Selain Paknil menghiburkan dengan lagu2 Paknil, anak2 yang bertuah dapat juga hadiah2 istimewa seperti permainan¡teddy bear! Dari saiz kecil sampai ke yang paling besar hahahaha¡lagi satu yang best main permainan ¡®MUSICAL CHAIR¡±. Kelakar sungguh part ni bila budak kecik lawan ngan org besar hahhahaha.

Kezzzzzzutan!!!!!!!!!!!!! Itu lah rugi pada yang tak dtg aritu¡ingat Paknil cakap kosong jer¡.Jeng..Jeng..Jeng...Dafi!!!!!!!! Ha¡dafi yang cute tu pun datang untuk menghiburkan buat semua tetamu istimewa Paknil kat sana. Kami berduet bersama menyanyikan lagu ASPALELA sambil sorang budak perempuan berlakon jadi Aspalela. Thanx DAfi!!! Apa yang best¡

Sempena dengan sambutan Hari Kebangsaan yang ke 51, Mini Showcase diakhiri dengan lagi 31 Ogos nyayian Allahyarham Sudirman Hj. Arshad. Paknil dan beberapa kanak-kanak menyanyi dan berkawad sambil mengibarkan jalur Gemilang bendera kebanggaan kita. Merdeka!!
Dikesempatan ini Paknil ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada pemenang peraduan MEET UNCLE AZNIL di ERA di atas sokongan anda. Paknil berharap SIRI JELAJAH MEET UNCLE AZNIL takkan terhenti di sini mungkin akan diteruskan manalah tahu Paknil akan turun kat tempat yang berdekatan dengan anda. Korang cadangla nak buat kat mana¡Terima Kasih sekali lagi kepada semua yang sudi hadir di Genting hari tu. Tengkiu..Tengkiu la gak ada yang bagi Paknil dengan macam2 hadiah¡.Paknil hargai sangat sokongan anda semua! : )


Assalamualaikum kepada semua¡amacam puasa arini? Ok tak? Paknil pun alhamdulillah setakat ini ok aje¡Puasa Paknil masih CEMERLANG!. Rugi tau yang berpuasa yang¡yang¡yok tu¡kata orang tua2 kalau tak puasa tak boleh raya. Kelakar pulak bila ingatkan balik kenangan dolu2 masa kecik2. Sepanjang bulan Ramadhan ni Paknil keudara seperti biasa di ERA dan kalau kerja TV tu sibuk dengan kerja2 editing jer la. Selain itu Paknil akan menghadiri beberapa Majlis Berbuka Puasa¡dan selain itu Paknil akan menyerang Pasar Ramadhan favourite paknil Hahaha¡Kalau nak tau cubala teka. Bagi komen ek¡Kat Pasar ramadhan mana anda pernah terserempak dengan Paknil?
Selain dari aktiviti tadi, bulan ni paknil boleh melaram mcm2 warna baju Melayu al maklumlah bulan ni ada fotografi Hari Raya. Orang lain sibuk beli baju raya Paknil dah melawa dah dengan baju baru hehehehe¡dah banyak sangat baju, bila Hari Raya yang betul2 terus blur tak tau baju yang mana satu yang nak dipakai¡Adoi!
Bagi Paknil dan penyampai ERA yang lain dah siap awal2 lagi fotografi Raya dengan Majalah HAi¡pada 20 Ogos aritu hahaha¡masa tu belum bulan puasa lagi¡begitulah semangat Raya kami. Untuk fotografi kali ni warna Paknil kombinasi merah dan jingga¡Tengoklah gelagat penyampai ERA beraya awal untuk tatapan semua..: ) Selamat Berpuasa¡

Semangat tu..tengah panas posing Hari Raya...


Ni pulak bikin gamat studio era...Nana dan Linda tu Pandang depan la...buat apa lak tu?



17 Ogos yang lalu berakhirlah sudah KONSERT JELAJAH ERA BERSAMA PERODUA VIVA. Macam pelik pulak rasanya hujung minggu sekarang ni¡Selalunya pada setiap hujung minggu Paknil bersama semua penyampai radio ERA yang lain akan turun padang menjelajah untuk bertemu dan menghiburkan peminat di beberapa lokasi. Walaupun masih bekerja pada setiap hujung mingguselepas siri jelajah, tapi memori sepanjang berlangsungnya konsert tersebut memang best!!!!!!!!!
Walaupun ada beberapa lokasi yang paknil tak dapat hadirkan diri¡Paknil memohon seribu kemaafan kerana ada yang menghantar sms dan call kat radio ERA sebab Paknil tak muncul. Bukannya apa tarikh tu bercanggah dengan kerja yang Paknil dan confirmkan lebih awal. Tak pe nanti ada rezeki kita boleh jumpa lagi.

Tengoklah betapa meriahnya ketika berlangsungnya konsert!
Terima Kasih banyak2 pada peminat Paknil dari yang kecil sampailah yang ke warga emas yang tak jemu memberi sokongan dan ada juga yang memberi hadiah untuk kenangan Paknil sepanjang berlangsungnya siri jelajah tersebut. Di samping itu ada juga yang bagi kuih muih untuk bekalan Paknil takut paknil lapar ek..? heeheh.


iNI acara wajib Paknil melayan anak2 TOM TOM BAK!
Macam2 gelagat dapat disaksikan selain itu memang happy sebab sambutan yang agak happening di setiap lokasi seperti di Batu Pahat, Port Dickson, Bagan Serai, Taiping, Ipoh, Kuala Selangor, Trengganu, Kuantan dan akhir sekali di Klang.
Dalam dok sibuk hujung minggu pergi menjelajah sedar tak sedar dah habis. Walau apa pun Paknil mewakili pihak ERA ingin mengucapkan TERIMA KASIH di atas sokongan anda semua¡LUV U! Yang pasti disetiap lokasi, Paknil amat terhibur dengan telatah anak-anak yang paknil bawa ke pentas. Tak terkata seronoknya!!! Ini semua satu pengalaman yang paling best¡ Tengkiu¡Tengkiu¡ Salam Sayang, Paknil.

Hooray...Paknil bersama L.O heheh...

Ni masa kat Nilai apa la yang buat Paknil happy sangat ni...
1....2.....3.....Say Cheese!!!

Paknil dengan Linda Onn memang ikut sempat jer mesti nak posing...
Haloooo¡.apa khabar semua¡sebelum itu Paknil ingin mengucapkan selamat menyambut HARI KEBANGSAAN yang ke 51,kepada seluruh rakyat Malaysia. Sesungguhnya Paknil amat berbangga menjadi anak Malaysia! Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Bersesuaian dengan tema Hari Kebangsaan pada tahun ini iaitu PERPADUAN TERAS KEJAYAAN. Carta ERA sempena Hari Keabangsaan menjemput penyanyi SUKI sebagai artis jemputan bersama dengan pendengar ERA yang bertuah yang menggelarkan diri mereka kumpulan MATAHARI¡hahaha. Kumpulan MATAHARI ni terdiri dari 4 orang jejaka semuanya masih bujang trang..tang¡tang¡pecah perut dibuat sepanjang bersama mereka di studio. Ditambah pula dengan gelagat SUKI yang suka mengusik mereka. Apa yang pasti semuanya syok dengan SUKI hahahha¡ye la memang cantik orangnya¡budak-budak MATAHARI. Sempena sambutan HARI KEBANGSAAN, Paknil pun menyambut countdown MERDEKA di KOTA KERIANGAN GENTING HIGHLANDS. Wow¡Memang happening kat sana dengan keadan yang dingin¡Paknil berada di sana kerana di sebelah siang berlangsungnya mini showcase ¡®MEET UNCLE AZNIL¡¯, Terima Kasih byk2 kepada yang sanggup mendaki puncak Genting bawa anak2 semata-mata nak berhibur dan berjumpa dengan Paknil¡Tak terkata perasaan Paknil ketika itu¡Haaa kalau nak tahu lebih lanjut tunggu post Paknil akan datang tentang ¡® MEET UNCLE AZNIL¡¯ yang sememangnya meriah! Selesai saja showcase ¡®MEET UNCLE AZNIL¡¯, Paknil terus bersiap sedia untuk menjadi pengacara KONSERT AMBANG MERDEKA pulak kat London Square, Genting Theme Park. Seronok sangat dengan penonton yang sporting yang tidak berganjak walaupun hujan turun renyai2. Tapi Yang best semua penonton dibekalkan dengan baju hujan oleh pihak penganjur. Selain persembahan dari artis seperti DAREYNO, RUFFEDGE, DAFI dan tak ketinggalan Paknil pun menyanyi jugak malam tu, acara kemuncak diserikan dengan pancutan bunga api yang cantik menarik kau memang DA¡¯ BOMB!. Habis jer acara Paknil Terus turun ke K.L sebab esok paginyer ada rancangan KRING-KRING yang disiarkan secara langsung. Fuh penat tak ingat tapi yang penting Paknil enjoy! Sambung balik cerita pasal CARTA ERA plak, Kat bawah ni paknil letak gambar jejaka macho yang menggelarkan diri mereka kumpulan MATAHARI yang menggamatkan studio CARTA ERA.

















