Yeahhhhh..Paknil berjaya habiskan 6 keping roti canai dalam Cabaran Roti Canai @ ERA di Restoren Barra, Seksyen 7, Shah Alam. Memang meriah acara yang diadakan pada 14 November 2008.

Seperti yang dihebahkan dicorong2 radio anda, Paknil akan berentap dengan pendengar ERA untuk makan roti canai. Acara ini diwujudkan sempena dengan penurunan harga Roti Canai.


Acara dimulakan dengan set pertama: Siapa dapat habiskan Roti Canai paling cepat, setiap peserta termasuk Paknil diberi 5 keping roti canai. Untuk Set pertama Yahoooo, Paknil berjaya kalahkan semua peserta dengan menghabiskan 5 keping roti canai paling cepat hahahaha. Nak kasik geram lagi Paknil tambah lagi, tambah lagi sekeping roti canai hahahah. Maknanya Paknil makan 6 keping roti canai. Alah ciannya itupun tak terkejar oleh peserta lain.

1..2..3.. mula....


Set kedua, pula bagi menentukan juara antara pendengar ERA. Dua peserta telah terpilih untuk ke pusingan ini mengikut dari kepantasan mereka menghabiskan roti canai masing2 selepas paknil. Yang penting I dah jadi JUARA dulu hahahha.

Untuk mencari Juara Makan Roti Canai ERA, Paknil telah menambahkan 2 keping lagi roti canai untuk 2 peserta akhir untuk set Kedua. Dua peserta akhir itu adalah Anita dan Khairul.

Itu dia Anita dengan gembiranya setelah bergelar juara.

Yeah dapat hadiah dari paknil lagi.


Setelah acara kunyah dan telan akhirnya Anita dinobatkan sebagai Juara. Beliau berjaya memenangi Piala dan barangan dari ERA dan juga hadiah bonus istimewa dari Paknil. Tahniah Anita! Kerana beliau berjaya menghabis 7 keping roti canai semuanya. Syabas!

Yang bertudung putih kat tengah tu la yang selalu call Paknil, namanya Ima dari Kelana Jaya. Terima Kasih yer.

Sebelum tu Paknil nak ucapkan jutaan terima kasih buat pendengar setia ERA iaitu Lela dan Ima dari Kelana Jaya. Susah2 jer bagi paknil hadiah. Terima kasih la sudi datang bagi sokongan dengan family sekali.

Pada 13 November lalu Paknil telah berkesempatan mengikuti Skuad ERA Avanza membuat lintasan. Tepat jam 5.40 petang Paknil bersama skuad ERA telah berada di Stesen Petronas Bandar Kinrara, Puchong.

Seperti biasa Paknil dan ahli skuad akan menduga pendengar ERA yang berkumpul di kawasan lintasan untuk memberi soalan maut sebelum mereka memenangi hadiah yang disediakan. Banyak juga hadiah petang tu seperti album terbaru kumpulan Jinbara, minuman tenaga Femina, Tiket wayang filem terbaru James Bond: Quantum of Solace dan banyak lagi. Poster TomTom Bak istimewa dari Paknil pun ada jugak.

Antara yang hadir memeriahkan lintasan petang tu.


Pada petang tu, semua yang datang begitu bersemanagat sekali sampai berebut-rebut nak menjawab soalan. Semuanya bijak2 belaka, tanya jer apa soalan semua dapat jawab, sampai tak cukup tangan nak pegang hadiah.

Ha...adik rambut kerinting ni memang semangat betul dia jawab soalan, semua soalan dia dapat jawab kalau tak leh jawab takkan la penuh tangan dia.

Tiba2 jumpa pulak baby comel..


Apa yang menarik cabaran seterusnya kalau nak menang kena buat tarian Shuffle,Wah ada adik seorang ni memang boleh tahan la dia Shuffle. Akhirnya dia la yang menang.

Yang best sekali paknil tanya siapa yang menyambut Brthday pada hari tersebut dia akan menang tak yah jawab soalan. Senang jer.

Selamat Hari Jadi yer...

Semasa menyanyikan lagi Selamat hari Jadi

Dalam banyak2 tu ada jugak yang sambut hari jadi pada 13 November tu. Apalagi kami semua yang berkumpul kat situ nyanyikan lagu Hari Jadi kat dia. Merah Padam muka dia malu.

Selepas acara tersebut seperti biasa melayan peminat untuk bergambar kat situ. Terima Kasih kepada semua yang telah memeriahkan lintasan Skuad ERA Avanza bersam PAknil.


Pastikan anda terus mendengar ERA untuk mengetahui dimanakah lokasi akan datang. Mungkin kami akan berada di kwasan berdekatan anda. Insyallah Paknil pun akan join gak.

Bye.

I like to move it..move it

I Like to move it..move it

Pernah dengar tak lirik kat atas. Ha lirik ni memang popular dengan sebuah filem animasi popular. Ye betul, dari filem Madagascar.

Baru-baru ni Paknil telah berkesempatan menonton sambungan filem Madagascar. Bertempat di GSC MID VALLEY MEGAMALL, Paknil bersama penyampai-penyampai ERA yang lain telah pergi menonton filem Madagascar .

Saper lagi ganas...Paknil ker yang kat belakang tu?

Acara tayangan tersebut juga diadakan bagi meraikan pendengar ERA yang memenangi tiket tayangan filem ini. Memang meriah ada yang datang bawa anak-anak. Filem ini memang sesuai untuk tontonan seisi keluarga yang menerapkan nilai moral tentang erti persahabatan.

Filem ini menggunakan suara bintang popular antarabangsa seperti Ben Stiller, Jada Pinnket Smith, Chris Rock dan David Shwimmer.


Sebelum tayangan bermula Paknil dah sibuk2 dah kat pintu masuk panggung untuk beramah mesra dengan teman-teman dan juga pendengar ERA yang hadir. Kat dalam wayang pun sebelum tayamngan Paknil ajak Adi dan Ray beramah mesra dengan pendengar ERA. Terima Kasihla kerana sudi hadir yang best tu bawa seisi keluarga sekali, Caya lah.

Yang best sebelum tayangan Paknil, Adi dan Ray memberi maklumat tentang perkara yang dilarang ketika berada dalam panggung wayang. Memang gamat dibuatnya sebab kami semua tiru gaya peramaguri memberi penerangan dalam kapal terbang hahahha.

Hadirin yang dihormati, sila keluar ikut pintu belakang secara senyap2 jika anda ingin ke tandas. Terima kasih kerana mendengar penerangan kami dan selamat menonton kami ucapkan.

Apa pun filem ni memang best dan anda semua akan ketawa geli hati dengan gelagat watak yang dimainkan.

Alhamdulillah pada hari Jumaat yang lalu rancangan MACAM-MACAM AZNIL sekali lagi dinobatkan untuk kali ketiga bagi kategori RANCANGAN BUAL BICARA TERBAIK di Anugerah Skrin 2008. Wow ini satu pencapaian yang amat memberangsangkan buat program ini. Yang best sekali tahun ni paknil berkesempatan untuk naik ke pentas menerima anugerah tersebut. Ye la masa program ni menang pada tahun yang lepas2 Paknil tak dapat hadir ke acara tersebut.

Majlis yang berlangsung dengan cukup meriah di Dewan Merdeka,Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Tema majlis tersebut DIAMOND Memang berkilauan semua tetamu yang hadir. Paknil pun tak melepaskan peluang nak pakai baju yang berkilau jugak hahahh. Sekali lagi Paknil telah menggunakan kreativiti melekatkan batu2 berkilau kat baju yang paknil pakai malam tu. Hasilnya yang anda semua tengok malam tu.Ada yang nak tempah ker? hahaahah.


Pada malam yang sama juga Paknil telah menerima Hadiah Galakan Keterampilan Berbahasa Televisyen 2007 bagi program MACAM-MACAM AZNIL di Majlis Anugerah Citra Wangsa Malaysia 2007 anjuran Dewan Bahasa & Pustaka.

Kedua-dua kejayaan ini merupakan hadiah hari lahir Paknil yang paling bermakna. Syukur di atas kejayaan kedua-dua anugerah tersebut. Kenangan ini memang tak dapat Paknil lupakan. Insyallah kejayaan ini memberi semangat untuk Paknil terus berkarya dengan lebih kreatif lagi selagi anda semua menyokong kerja2 yang paknil lakukan.

Assalamualaikum semua¡­Sihatke? Paknil pun alhamdulillah sihat waalfiat. 6 November yang lalu usia Paknil berganjak lagi ke 46 tahun¡­Dikesempatan ini Paknil nak ucapakan Terima Kasih sangat kat korang semua yang tak putus2 mengucapkan ucapan selamat hari lahir kat Paknil. Memang terharu sangat. Belum lagi masuk tarikh 6 November pun ada yang dah mula mengucapkan ¡°SELAMAT HARI JADI¡± buat Paknil.


Terima Kasih jugakla buat kawan-kawan yang membuat keeezzzzutan buat Paknil. Rasa seronok sangat pada 6 November yang lalu mana-mana acara yang Paknil pergi ade jer kezzzutannn. Tu la paknil memang suka buat kezzzutan kat orang, Nah! amik dalam satu hari jer ader lebih dari satu kezzzuutan buat paknil. Buat peminat yang telah menghantar hadiah ke studio ERA pun terima kasih Paknil ucapkan atas kesetiaan dan sokongan korang semua.

Buat kawan-kawan kat redio ERA terima kasih jugak kerana membuat kezzzutan awal masa Paknil menghadiri tayangan filem JAMES BOND- QUANTUM OF SOLACE kat TGV ONE UTAMA. Tapi minta maaf Paknil tak dapat share gamba2 kat situ sebab tidak dibenarkan membawa handphone berkamera dan kamera digital huhuu¡­Kena la ikut undang2 yang telah ditetapkan sebab masa tu tayangan ¡®premier¡¯. Jadi Paknil pun bawalah kek yang dihadiahkan kepada Paknil ke studio ERA.

Kejutan hari jadi ni masa Paknil mengadakan Suara Kita Aje : Astro Ceria School Tour di Sekolah Kebangsaan Kampung Tunku, Petaling Jaya.

Kalau semua nak tahu betapa murahnya rezeki Paknil tahun ni. Memang cipta rekod, hari jadi Paknil kali ni Paknil menerima 7 biji kek hahahha. terima kasih semua.

Akhir sekali terima kasih buat semua yang telah mendoakan Paknil agar mendapat Haji yang mabrur. Insyallah Paknil akan berangkat menunaikan ibadat Haji pada tahun ini.Terima kasiah atas doa kalian. Di usia 46 tahun ini, Paknil doakan agar diberi kesihatan yang sempurna dan semoga cemerlang dalam bidang yang Paknil ceburi.

Hai semua, ok la aritu Paknil ada citer pasal trip ke Sabah pada 17-19 Oktober yang lalu. Masa tu ada jemputan mengadakan persembahan sempena Rumah Terbuka Gemilang Mirza di Papar, Sabah. Pasal perjalanan show tu Paknil dah cerita . Tapi ada satu lagi perkara yang menarik yang berlaku dan Paknil sifatkan sebagai suatu kenangan paling manis jugak la.

Sampai jer di Sabah, Paknil menginap di Promenade Hotel, Kota Kinabalu. Seperti yang telah ditetapkan pada keesokan harinya selepas membuat persembahan di Papar. Rombongan Paknil telah dibawa untuk menginap di Dinawan Borneo Islands Resort di Pulau Dinawan.

Selepas habis sahaja membuat persembahan. Paknil pun bergegas ke jeti Sutera Harbour, Kota Kinabalu untuk menaiki bot ke pulau tersebut. Masa tu Paknil naik bot laju dan hanya mengambil masa selama 20 minit sahaja tetapi perjalanan hahahaha kelakar sangat. Takper cerita tu nanti dulu..Tunggu.

Bersedia untuk ke tengah laut hahaah.

Ok la semasa nak tunggu bot samapai ke jeti, Paknil pun sempat buat sesi fotografi dekat kawasan tersebut di mana berlambak-lambak bot mewah kat situ. Sempat berangan kalau lah Paknil ada sebijik fuhhh, Syoknyer. Masa tu masih lagi dengan pakai baju melayu lengkap maklumlah masa tu baru abiis show. Pemandangan pun memang indah sangat matahari nak terbenam. Terus buat Fotografi hari raya untuk tahun depan hahahaah.


Habis fotografi bot pun sampai dan pada masa tu hari pun dah nak gelap. Paknil pun cepat2 naik bot dan bermula la perjalanan ke pulau tersebut. Masa mula2 ok jer bila dah sampai ke tengah laut bot pun makin laju. Melompat2 bot tu memang gayat la jugak. Ye la tak biasa hahahah bergayut kat tiang jer la masa tu. Hari pun dah gelap..yang menariknya tiba2 hujan lebat pulak kat tengah2 laut tu. Seram gak masa tu tapi pemandu bot tu cakap jangan panic. Yang kelakarnya Punyalah paknil nak selamatkan diri dari basah kena hujan, paknil sampai menyorok dibelakang kerusi dalam bot tu. Sori takder gambar sebab keadaan masa tu memang tak mengizinkan untuk posing cantekk hahah.

Setelah bergelumang dengan perjalanan yang penuh cabaran kami pun sampai di resort tersebut. Sampai jer dah gelap so tak nampak la keindahannya macam mana. Rombongan kami disambut dengan penuh mesra oleh staff resort tersebut. Makan malam kami dihidangkan dengan hidangan yang sungguh enak. Tahniah kepada chef yang menyediakan hidangan yang sungguh menyelerakan seperti kari Ayam, kambing masak black pepper, tiger prawns masak cheese, sweet n sour soft shell crab, mix vege dan mee goreng ala2 mee kolok Sarawak. Alhamdulillah. Sedap sangat.

Pada keesokan paginya sebelum Paknil bertolak pulang ke KL. Paknil pun berkesempatan menikmati keindahan pulau tersebut. Besarnya kebesaran tuhan, betapa indahnya pemandangan kat pulau Dinawan. Sampai tak terkata kekaguman Paknil melihat Matahari terbit di pulau tu. Memang tenang sangat ketika Paknil bersiar-siar kat sekitar pulau tu.

Macam tu la cantiknya keindahan pulau ni yang sempat PaknilPaknil 'snap' untuk tatapan anda semua. Kalau rasa nak hilang tension tu datang jer kat resort ni,Ha..lepas ni Paknil nak bergambar depan chalet tempat Paknil tinggal pulak.


Dah amik gambar keindahan pulau Dinawan Paknil pun dah nak berangkat ke airport KK untuk pulang ke KL. Sebelum Paknil balik KL, sempat gak last minute bergambar dengan pihak penaja.

Terima Kasih semua..Paknil dah nak balik...

Cantikkan kawasan perkampungan atas air.

Ok la itulah sajer coretan Paknil mengenai pengalaman bercuti sambil bekerja Paknil di Sabah. Jumpa lagi!

Assalamalaikum semua..apa khabar?Macam mana cuti hujung minggu ni? Harap semuanya ok. Aktiviti Paknil hujung minggu ni selain dari kerja..Paknil sempat berkunjung ke beberapa acara Open House sempena hari raya. Maklumlah kita masih lagi dalam bulan Syawal. Makan..Makan..Makan dan Makan tu lah kijer Paknil kalau ujung minggu.

Selepas Majlis Rumah Terbuka ERA/SP Setia Paknl menerima undangan mengadakan persembahan Majlis Rumah Terbuka Gemilang Mirza bersama Aznil Nawawi di Papar, Sabah. Fuh sambutan kat sana memang meriah sekali. Dapat jugak Paknil bercuti sambil bekerja di Sabah. Majlis tersebut di adakan pada 18 Oktober di Dewan Besar Papar, Sabah. Seronok sangat dalam musim raya dapat melihat kemeriahan sambutan rumah terbuka di negeri di Bawah Bayu ni. Ini juga merupakan kali pertama Paknil sampai di daerah Papar.

Memang tak sah kalau tak panggil kanak-kanak naik ke pentas...



Punya meriahnya sambutan dari orang Papar, Sabah...pantang jer Paknil turun dari pentas semua tak melepaskan peluang nak abadikan kenangan..tq semua.


Semasa di Sabah Paknil menginap di Dinawan Borneo Islands Resort. Resortnya terletak di Pulau Dinawan dan permandangan dan keindahan alam semulajadi tersangatlah mendamaikan. Tunggu sajer posting Paknil yang akan datang paknil akan share gambar masa kat Pulau Dinawan.

Semalam ( 25 Oktober) Paknil telah membuat kunjungan kezzzzzutan buat pemanggil era hehhhe..adik ni namanya MIRA, call Paknil di radio ERA ajak ke Majlis "Farewell Party" Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah Menengah Bandar Tun Hussein Onn 2, Cheras yang diadakan di Palace Of The Golden Horses. Beliau juga merupakan ahli kelab P.R.S sekolah tersebut.


Haa...kalau nak tau yang pakai baju dan tudung hitam putih tu la adik Mira yang call Paknil jemput ke majlis ni...hehehhe...Suprise!!!!

Antara yang memeriahkan acara petang tu.

Siap ada acara tarian lagi petang tu. Adik ni nervous sangat sampai terlucut kainnya.

Paknil dengan pemenang2 acara cabutan nombor bertuah.

Apalagi Paknil pun pergilah menyiasat majlis apa yang bakal diadakan. Pada hari yang ditetapkan, tepat jam 1 petang Paknil pun tiba dan Suprise!!!!Haaa terkujat semua orang heheh. Sampai ada yang mengadakan persembahan tarian terlondeh kain. Ha! jangan silap..kain jer terlondeh tapi masih ada seluar lagi! tau Paknil pun sempatlah join untuk cabut nombor bertuah dan beramah mesra bersama pelajar2 dan juga guru-guru yang hadir.


Terima Kasih diucapkan kepada adik Mira dan juga ibunya Puan Zarina diatas kesudian mereka menjemput Paknil datang. Nanti kita buat kezzutan lain plak ok!

Paknil bersama guru -guru kaunseling S.M BANDAR TUN HUSSEIN ONN 2, yang kat sebelah kiri Paknil tu adalah Puan Zarina, ibu kepada Adik Mira. Baik sangat orangnyer, TQ ye sudi layan Paknil.

Pada sebelah malamnya pulak, Paknil pergi ke Open House rakan sekerja paknil..L to the O..Siapa lagi Cik Linda Onn kita la. Paknil memang sedia maklum Linda memang setiap hari raya akan buat majlis rumah terbuka. Ada Kambing panggang lagi. Paknil pun ni bukan pertama kali ke Rumah terbuka Linda. Malam tu Linda melaram habis dengan kebaya biru lap lip lap yang dibeli dari Indonesia khabarnya. Cantik sangat Linda malam tu. Sempatlah juga Paknil bermesra dengan kaum keluarga Linda terutama sekali ibu dan bapa Linda yang memang sporting.

Juara Sehati Berdansa tahun lalu, Vee dan Shidee.

"Nak tambah lagi hehehe "

Paknil bersama keluarga Linda Onn.

Makanan memang meriah sampai ke tengah malam tak putus-putus. Open House Tauke restoren la pulak hahahah. Mesti la cukup makanannya. Paknil pu tak dapat lepak lama jugak kat umah Linda sebab pada keesokan paginya, paknil ada kerja. Paknil ada undangan menghiburkan anak-anak yatim Rumah Terbuka anjuran Dagang Net di Restoren Seri Melayu, Jalan Conlay, KL. Thanx Linda coz sudi jemput Paknil.

Ya Seperti yang dijanjikan pada hari Ahad (26 Oktober) tepat jam 11pagi paknil telah menghiburkan anak-anak yatim di majlis Rumah Terbuka Dagang Net di Restoren Seri Melayu, KL. Wah dalam menghibur Paknil juga terhibur dengan keletah anak-anak yatim dari tiga buah rumah anak yatim iaitu Rumah Anak-Anak Yatim Damai, Rumah Anak-Anak Yatim Limpahan Kasih dan Rumah Anak-Anak Yatim Darul Falah.

Permainan "Musical Chair" pun ada...

Peserta akhir Musical Chair...




Yang penting Paknil harap anak2 ini terhibur dengan persembahan Paknil. Pada pagi tu yang paling happening adalah Rumah Anak-Anak yatim Damai yang memang paling meriah dengan sorakan setiap kali mereka menghantar wakil dari rumah masing2 untuk ke pentas.

Syawal kali ni memang meninggalkan banyak kenangan manis buat Paknil dengan mendapat pengalaman baru dari jemputan yang diberikan. Terima kasih sekali lagi buat yang sudi mengundang dan mohon maaf sekiranya tidak dapat menghadirkan diri.

Assalamualaikum..kita masih lagi berada di bulan Syawal. Pada bulan ni paknil banyak menerima jemputan acara Rumah Terbuka dari teman2. Terima kasihla di atas jemputan kalian semua, minta maaf la kalau tak berkesempatan untuk berkunjung yer?aklumlah habis jer cuti raya terus naik kerja dengan segala jenis jemputan yang dah janji sebelum raya lagi.

Bercerita pasal rumah terbuka pada 12 Oktober lalu, Paknil dan semua penyampai Era telah memeriahkan acara Rumah Terbuka SP SETIA di Setia Alam. SP SETIA ni merupakan Syarikat Pemaju Perumahan. Semasa kunjungan Paknil hari tu, apalagi Paknil pun berkesempatan ronda2 di rumah contoh di tapak rumah terbuka tersebut. Memang cantik?da juga yang berkenan di hati. Alangkah syoknya kalau dapat sebiji hahahah..Memang kawasannya teratur dan aman damai.


Pada acara tersebut merupakan pertemuan pertama semua penyampai ERA setelah seronok bercuti raya. Apa lagi memang panjang lebar bercerita pasal pengalaman raya masing-masing selepas sessi briefing dengan FAD dari ERA.


Tepat jam 2 petang, acara bersama penyampai ERA bermula. Alhamdulillah cuaca memang agak baik pada petang itu. Terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi hadir memeriahkan lagi acara tersebut.


Banyak aktiviti di pentas yang mengundang gelak ketawa semua yang berada di sana. Bermula dengan Paknil dengan acara menghias pasangan dengan Tisu gulung dan banyak lagi acara yang mendera peminat hahaha...tapi dera bukan sebarang dera yer kawan2 semua ...dera kami ada imbuhan...ada hadiah best2...Memang gamat suasana petang tu dibuatnya.

Kakak baju merah ni la yang bagi duit raya kat kami, Terima kasih banyak2.

Apalagi Paknil pun punya la seronok check angpau raya la hehehe....

Pada petang itu bukan kami saja yang bagi hadiah, ada juga peminat yang hadir bagi duit raya kat penyampai ERA. Apa lagi girang gembira kami macam kanak-kanak. Ye la dah lama dah tak pernah terima duit raya..Apatah lagi ehemm..orang muda macam Paknil ni hahahhaha.


Selain itu acara wajib Paknil juga bersama kanak-kanak memang tak akan tertinggal punya. Best sangat semua kanak-kanak sporting aritu menari bersama. Selain dihiburkan oleh penyampai-penyampai ERA acara petang tu juga dimeriahkan lagi dengan kemunculan artis-artis seperti Jaclyn Victor, Zahid dan Adam.

Paknil dan Zahid melayan Kanak-kanak.


Terima Kasih semuakepada yang sudi memeriahkan rumah terbuka ERA / SP SETIA!

Terima Kasih teman2 wartawan yang sudi hadir. Dari kiri: Tengku Suzana(KOSMO), Serimah(Berita HArian), Paknil dan Sue(Jurugambar Berita HArian)

Adik ni adalah peserta paling happening petang tu..Cayalah..

Paknil dan staff2 SP SETIA serta anak2 mereka.


Macam tu la ceritanya punyala happening acara tersebut. Di kesempatan ini terima kasih diucapkan kepada pihak SP SETIA dengan kerjasama yang diberikan. Jumpa Lagi...

Pecah Kaca, Pecah Gelas,

Sudah Baca, Harap Balas.

Ha..itu dia pantun standard musim raya. Sementara masih lagi dalam mood raya ni Paknil nak bercerita pasal Kad Raya. Sebelum tu Paknil nak ucapkan ribuan terima kasih pada semua yang telah sudi menghantar Kad Raya kat Paknil. Insyallah Paknil akan balas walaupun dah lepas raya. Semalam saja Paknil baru jer pos Kad Raya buat peminat yang tak sempat dikirimkan sebelum raya.

Cerita pasal Kad Raya ni, masa bulan puasa hari tu Paknil telah berkesempatan mengadakan sesi fotografi dengan akhbar KOSMO! di Pos Malaysia, Dayabumi, Kuala Lumpur. Terima Kasih buat wartawan KOSMO! Maliah Surip dan Sofiatul yang telah merealisasikan impian Paknil untuk melawat keadaan POS MALAYSIA yang sentiasa sibuk dimusim perayaan.

Tengokla berguni-guni Kad Raya!


Punyala banyak Kad Raya, boleh buat tilam hehehe...


Semasa mengadakan fotografi tu Paknil tabik spring! kat semua pekerja POS MALAYSIA yang bertungkus lumus bekerja untuk menghantar Kad2 raya yang menimbun berguni-guni tu. Fuh! Kalau tengok diorang kerja memang tangan bergerak jer tak toleh kiri dan kanan. Memang tempat untuk memproses dan mengasingkan kad raya jer dah amik sebahagian dari kawasan tersebut. Itu belum masuk tempat mengasingkan surat-surat lain lagi.

Dari jutaan kad raya yang diterima, mereka perlu mengasingkan mengikut negeri dan seterusnya daerah sehinggalah mengikut alamat yang tertera di sampul. Dalam kita sibuk bergembira dihari raya menerima kad ucapan dari yang tersayang, kita jangan lupa pada warga POS MALAYSIA yang berhempas pulas memastikan kiriman kad sampai kepada penerimanya.

Apa yang menarik semasa kunjungan Paknil kat sana. Terkesima Paknil melihat seorang wanita yang tangannya memang laju mengasingkan surat2 mengikut alamat. Menurut pekerja di situ, tahap kelajuannya mengasingkan surat lebih laju dari mesin. Kalau pekerja lain boleh siapkan dalam 20 tray sehari, saudari ni boleh siapkan 50 tray. Kalau tak cayer tengok video kat bawah ni ligat tak ligat dia bekerja.

Paknil pun dapatla jugak merasa pengalaman bekerja kat sana walaupun ada posing-posing sikit masa tu hahaha..Satu lagi pengalaman menarik. Paknil berkesempatan membuat setem wajah Paknil sendiri. Memang teruja sangat kali pertama tengok wajah sendiri kat setem. Korang jugak boleh buat pergi je kat POS MALAYSIA, DAYABUMI.

Bagi Paknil walaupun kita dah ada kecanggihan teknologi untuk menggantikan kad raya dengan E-Card, sms atau email. Paknil masih lagi membalas kad raya dengan cara konvensional sebab dengan cara inilah seseorang itu akan rasa dihargai dan diingati. Kemeriahan Hari Raya pun akan lebih terasa. Cuba bayangkan tradisi menghantar kad raya dah pupus suatu hari nanti kerana semuanya menggunakan teknologi maya sahaja. Memang tak best la raya jawabnya. Setuju tak? Tak dapatla nak gantung kad masa raya..betul tak?

Inilah geng-geng Paknil dari Pos Malaysia.

Apa yang pasti kemeriahan Hari Raya memang sinonim dengan Kad Raya. Dikesempatan ini Paknil nak ucapkan SYABAS! Buat semua pekerja POS MALAYSIA di seluruh Malaysia. Terima Kasih.

Assalamaualaikum semua? Minta maaf sangat dah lama Paknil tak update blog era ni.Walau bagaimanapun Paknil ucapkan terima kasih banyak2 kepada pengunjung yang sering bertandang ke blog Paknil ni.

Kali ni Paknil nak bercerita mengenai IDOLA. Paknil pasti semua orang ada idola masing2 untuk dicontohi. Bersempena dengan bulan yang penuh kemuliaan ini, akhirnya hajat Paknil tercapai juga untuk menziarahi pusara idola yang menjadi kebanggaan Paknil selama ini. Setelah sekian lama Paknil memasang angan ini tapi tidak pernah disuarakan.

Akhirnya tercapai juga dengan bantuan sahabat Haji Saharudin Mustafa dari akhbar Utusan Malaysia. Paknil terus bersetuju dengan pelawaan beliau untuk mengaturkan sesi fotgrafi sempena hari raya akhbar tersebut untuk menziarahi pusara Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Sekalung ucapan terima kasih yang tidak terhingga Paknil ucapkan. Fotografi istimewa ini merupakan kenangan paling indah buat diri Paknil secara peribadi.

Ketika sampai sahaja di Tanah Perkuburan Islam Cengal, Temerloh , Pahang macam2 perasaan menjentik hati ini. Disinilah bersemadinya Penghibur No. 1 Asia, seorang yang amat Paknil kagumi dan hormati selama ini...Seorang seniman berilmu...Seorang yang sentiasa membuatkan Paknil ingin terus maju dalam apa jua bidang yang diceburi. Begitu besar sekali impak Allahyarham Sudirman dalam diri Paknil.

Paknil tidak pernah kenal, apatah lagi berbual dan bertemu empat mata dengan Allahyarham ketika hayatnya. Hanya melalui suara dan lagu dan berita dari media cetak dan elektronik yang merapatkan kami. Beliau adalah seniman yang sangat hebat dan kreatif. Pemikirannya begitu advance pada zaman beliau bergelar artis. Melihat dari gaya, penampilan, kreativiti persembahan beliau memang tidak ada tolok bandingnya. Beliau diminati oleh semua lapisan dan golongan.Begitu hebat sekaliseorang yang bernama SUDIRMAN HJ. ARSHAD.

Kini sudah 16 tahun pemergian beliau. Namun lagunya seakan hidup menceritakan pelbagai ragam manusia dalam suka dan duka. Hanya iringan doa dititipkan buat seniman agung terbilang ini. Marilah kita sama2 sedekahkan AL-FATIHAH buat Allahyarham Sudirman Hj. Arshad. Semoga rohnya dicucuri rahmat?min.