Assalamualaikum semua, apa khabar? Harapan Paknil kengkawan kat sini semuanya sihat belaka. Paknil sekarang ni sedang berdebar-debar dengan keputusan CABARAN AZNIL DAN DIN BERAMBOI.Siapakah di antara kami berdua yang akan menjadi ORANG IKLAN ERA. Salah seorang dari kami akan berdiri selama beberapa jam bagi tujuan amal.

Tempatnya di Kompleks Membeli Belah SOGO, Kuala Lumpur. Wow!!! Mesti happening la!! Paknil pun dah tak sabar nak buat kerja amal ni. Wang yang dikumpul akan disalurkan ke Rumah Nur Salam. kalau nak tahu lebih lanjut tentang Rumah Nur Salam ni sila layari rumahnursalam.blogspot.com . Buat semua pendengar ERA yang disayangi jom kita serang SOGO pada 21 Februari ini, untuk merasakan kemeriahan CABARAN AZNIL DAN DIN BERAMBOI. Jumpa di sana!

Dikesempatan ini Paknil nak ucapkan jutaan terima kasih buatpenulis blog yangdikenali ebagai Aznilanilapleyang telah menciptakan blog khas buat Paknil. Terharu sangat Paknil melihat kesungguhan dan kreativiti beliau. Kalau nak tahu betapa rajinnyapenulis ni siap kalau boring lukis gambar Paknil lagi hehehhe卪emang cute! : ).

Buat semua layarila http://aznilanilaple.blogspot.com

Terima Kasih sekali lagi Paknil ucapakan atas usaha anda.



ALHAMDULILLAH. Hari ini 2 Februari 2009 Paknil telah dianugerahkan Bintang Kebesaran Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan ke 35 di Istana Negara. Penganugerahan Bintang JOHAN MAHKOTA WILAYAH telah di anugerahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Menjunjung Kasih Tuanku!


Paknil nak ambil kesempatan ini mengucapakan jutaan terima kasih buat YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan juga YB Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Raffique atas pencalonan nama Paknil bagi Anugerah Bintang itu.


Kini setapak lagi Paknil melangkah untuk terus berbakti kepada Negara tercinta dan bidang yang Paknil sayangi ini. Selaku anak jati Kuala Lumpur, Paknil akan terus bekerjasama dengan pihak Kementerian Wilayah Persekutuan untuk menjadikan tempat tumpah darah Paknil lebih maju dan setanding dengan kota metropolitan dunia.


Paknil juga berharap, Anugerah Bintang ini akan menjadi penyuntik semangat pada Paknil dan rakan yang lain untuk terus melakukan tugas yang diamanahkan dengan ikhlas. Tidak pernah sekelumit di hati ini terfikir untuk diiktiraf sedemikian rupa oleh kerajaan dan Yang Di Pertuan Agong.


Berada dalam Balai Rong Seri, Istana Negara itu sahaja sudah bagai mimpi jadi kenyataan bagi Paknil apa lagi bersalaman dan dikalongkan Bintang oleh DYMM Tuanku.


Pada penyokong-penyokong Paknil, terima kasih Paknil ucapkan semoga kowrang terus beri semangat pada Paknil untuk terus berkarya. Paknil mahu terus disayangi dan menyayangi kowrang semua! InsyaALLAH!

Oleh Farihad Shalla Mahmud
farihad@bharian.com.my


Aznil (kiri) dan Din Beramboi.

Aznil Nawawi, Din Beramboi makin serasi menghiburkan pendengar radio Era

SELEPAS diuar-uarkan beberapa minggu di dalam radio, akhirnya tanggal 5 Januari lalu berkumandanglah suara pasangan duo sensasi iaitu Aznil Nawawi dan Din Beramboi menyemarakkan lagi pagi pendengar radio Era.

Biarpun kali pertama digandingkan di konti dan ketika ditemui Hip, mereka baru sehari menggalas tanggungjawab, mereka berdua nampaknya tidak kekok mengendalikan slot popular itu. Selama empat jam bertugas ada saja idea pelik mereka untuk menghangatkan suasana.


Bukan saja dengan celoteh yang menghiburkan, malah ada saja idea kreatif mereka untuk menyakat pendengar. Umpamanya, bagai nak pecah perut apabila mendengar Din Beramboi melakonkan watak sebagai perunding fesyen untuk segmen Best Dress bernama Shasha yang meminta pemanggil menghubungi Era sambil memberitahu apakah pakaian yang tersarung di tubuh mereka ketika itu.

Lucunya apabila Shasha turut memberi komen sama ada pakaian itu sesuai untuk mereka sambil memberi idea merapu apa yang patut mereka pakai. Di sinilah terletaknya keserasian kedua-dua pengacara terbabit dalam mengendalikan slot milik mereka itu.

Tidak keterlaluan andai dikatakan, pasangan ini berjaya mengikis bayangan mereka yang pernah duduk di kerusi panas ini sejak ia mula ke udara lebih sedekad lalu. Mungkin akan ada yang tertanya-tanya apakah dengan kemunculan duo ini Era mampu mencapai zaman kegemilangannya seperti yang pernah mereka raih di awal kewujudan stesen radio itu.



Barangkali terlalu awal untuk membuat penilaian namun andai disertakan dengan usaha serta terus menyajikan yang terbaik buat peminat, tidak mustahil slot Aznil Riuhkan Pagi di Era bersama Din Beramboi mampu kembali berada di takhta yang pernah mereka singgah suatu ketika dulu.

Pun begitu saat diajukan pertanyaan ini kepada Aznil selepas pengacara nombor satu ini selesai menjalankan tugasnya, dia menafikan yang kehadiran mereka sebenarnya ingin bersaing dengan stesen radio lain apabila menerima tawaran untuk berpindah ke slot pagi.

?ami di sini bukan untuk bersaing dengan sesiapa, bukan juga untuk kejar rating tetapi kami mahu kehadiran kami dianggap sebagai satu terapi di waktu pagi buat semua pendengar. Mungkin ada di antara pendengar kami yang tertekan dan tension apabila terpaksa menghadapi kesesakan jalan raya,?ujar Aznil menghirup Milo Ais yang terhidang di depan mata.

Mengakui satu tanggungjawab yang cukup berat buatnya sewaktu menerima amanah dari pihak Astro untuk mengemudi program ?anas?itu, Aznil bagaimanapun percaya apa yang dilakukannya itu bukanlah satu keputusan yang silap.

?aya ditawarkan untuk menjadi penyampai slot pagi ketika sedang bersiap sedia untuk mengerjakan haji. Jadi kesempatan berada di Tanah Suci Makkah, saya berdoa kepada Tuhan jika tawaran ini membawakan kebaikan maka lancarkanlah perjalanannya dan alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan Tuhan dan ini membuatkan saya terima tawaran itu dengan hati yang terbuka,?ujar pengacara tersohor ini.

Bagaimana agaknya bergandingan dengan Din Beramboi yang dikenali sebagai seorang yang gila-gila? Apakah Aznil akan terpaksa mengikut rentak dan gaya Din ataupun mereka menampilkan karakter yang berbeza di dalam konti?

Menjawab persoalan itu, bekas penyampai radio THR ini berkata perkara itu bukanlah sesuatu yang asing buatnya kerana antara dia dan Aznil sudah saling mengenali antara satu sama lain.

?ungkin tidak ramai yang tahu bahawa saya dan Aznil sudah lama kenal iaitu sejak 13 tahun lalu. Jadi antara saya dan dia tak ada banyak masalah. Rasa bertuah juga kerana berpeluang untuk bergandingan dengan Aznil kerana selama mengenalinya, dia lebih senang berkerja secara solo.

?api memandangkan kami sudah memahami antara satu sama lain, saya faham cara dia bekerja dan tahu apa yang dia suka atau tidak, jadi ia menambahkan lagi keserasian kami untuk menghangatkan lagi slot pagi yang kami kendalikan ini,?jelas Din Beramboi sambil dipersetujui Aznil di sebelahnya.

Tambahnya mereka juga pernah bekerjasama dalam sebuah album berjudul Sawancara yang diterbitkan sekitar sedekad lalu.

Dan kata-kata Din Beramboi itu bukanlah sekadar omong kosong semata-mata. Sebaliknya, keserasian yang dikatakan itu dikotakan mereka.

?epanjang mengendalikan segmen pagi ini, tugas Din Beramboi adalah untuk membuat lawak jenaka manakala saya menyalurkan informasi kepada pendengar. Pendek kata, tugas saya mengimbangi supaya slot pagi itu tidak terlalu merapu dan masih menjalankan tanggungjawabnya menyalurkan maklumat di samping memberi hiburan,?ujar Aznil yang lengkap berpakaian sekolah sempena menyambut hari pertama persekolahan sewaktu pertama kali bersiaran di waktu pagi.

Tugas mereka berdua tidak hanya selesai selepas jam 10 pagi. Sebaik saja menyerahkan konti kepada Adi dan Ray untuk ke udara, mereka akan mengadakan post mortem bersama Pengurus Saluran Era, Nazri Noran untuk menilai kembali persembahan mereka itu.

?uat masa ini kami akan laksanakan tugas kami seperti yang dirancang awal. Jika ada apa-apa komen atau maklum balas, perubahan akan dibuat dari masa ke semasa sebelum kami menjadikan sesuatu segmen itu secara tetap,?ujar Aznil yang menjalani latihan selama dua minggu bersama pasangannya itu sebelum memulakan tugas mereka secara rasmi.

Tidak abaikan slot lain

APABILA satu demi satu penyampai radio Era dipindahkan ke stesen Sinar FM, ramai yang membuat andaian bahawa itu adalah perkara biasa buat penyampai Era yang semakin meningkat umur mereka. Stigma itu berlanjutan sehingga kini dan terbaru apabila penyampai sensasi Linda Onn menerima nasib yang serupa seperti apa yang pernah berlaku kepada Jamal Jamaluddin, Halim Othman, Subi, Nila Kurnia sebelum ini.

Bagaimanapun, dakwaan nakal ini disangkal Nazri sambil menjadikan pasangan ini sebagai contoh bahawa dakwaan sebegitu tidak benar.

?sia bukanlah penghalang untuk seseorang itu bergelar penyampai Era. Tetapi seperti apa yang saya pernah tegaskan bahawa yang penting, mereka harus sanggup memberi komitmen kepada kami serta sentiasa memberikan yang terbaik kepada Era, itu saja.

?acam pasangan ini, saya dapat melihat memang ada keserasian buat diri mereka berdua selepas masing-masing menjalani sesi uji bakat dengan pelbagai pasangan sebelum ini,?ujarnya yang memang bercita-cita untuk mendapatkan khidmat Din Beramboi selepas tertarik dengan corak penyampaian gila-gila lelaki itu dalam album Sawancara.

Melihat kepada kesungguhan Era mempromosikan slot pagi, timbul pertanyaan apakah slot lain tidak penting sehingga Era sanggup mengabaikan mereka.

?ami tidak pernah mengabaikan program lain. Untuk pengetahuan semua, sebelum saya menumpukan perhatian untuk slot pagi, saya terlebih dulu menyusun atur slot lain supaya semuanya nampak seimbang. Lagipun, bagi saya slot lain tidak mempunyai banyak masalah dan saya sudah meletakkan mereka di tempat yang sepatutnya.

?acam Reza dan Nana, saya lihat mereka sesuai untuk bergerak secara solo manakala Burn dan Cham kelihatan serasi untuk slot petang. Apabila semua sudah okey, baru saya tumpukan sepenuhnya untuk slot pagi,?katanya.

Biarpun baru sehari ke udara, Nazri berkata dia berpuas hati dengan usaha dan persembahan mereka sepanjang pagi itu.

?alah bos besar AMP pun puas hati dengan apa yang mereka lakukan pagi tadi. Sebelum ini dia tidak pernah memuji mana-mana penyampai tetapi kali ini dia puji apa yang Aznil dan Din Beramboi persembahkan pendengar. Saya harap ini satu permulaan yang baik buat mereka,?ujarnya postif.

INFO: Segmen dalam Pagi Era

  • Teka Bunyi
  • Teledrama Sebabak - Pendengar dan Din Beramboi melakonkan drama satu babak
  • Berita Cara Kami - bacaan berita oleh Din Beramboi
  • Best Dress di Radio - pendengar menelefon dan menggambarkan pakaian yang mereka pakai ke pejabat dan pemenang akan dipilih berdasarkan huraian itu.
  • Surprise Call - pendengar mencadangkan kru Pagi untuk membuat panggilan telefon kepada seorang rakan sepejabat
  • Bual Borak Era
  • Anugerah Pemanggil Terbaik.

Assalamualaikum, Apa khabar semua. Paknil harap semuanya sedang bergembira disamping keluarga tercinta. Maklumlah semuanya mengambil kesempatan untuk bersama keluarga sempena dengan cuti Tahun Baru Cina. Istimewa buat yang berbangsa Cina, Selamat Tahun baru Cina diucapkan.. Ye lah masa cuti ni la masanya untuk beramah mesra dengan ahli keluarga yang dah lama tak jumpa dek kesibukan kerja selama ini.

Namun dalam kita berseronok janganlah kita lupa dengan penderitaan orang lain. Hidup kita umpama roda dan dihiasi dengan pelbagai perasaan dan peristiwa. Kita harus mensyukuri apa saja nikmat yang diberikan sementara kita masih bernafas di muka bumi ini. Apa yang berlaku di Palestin menunjukkan betapa bertuahnya kita berada di negara yang serba damai. Sebagai manusia kita hanya mampu membantu untuk meringankan beban yang ditanggung mereka. Inilah resam kehidupan hanya yang kuat akan diuji oleh yang maha esa.

Pada hari Jumaat (23 jan 2009) yang lalu Paknil bersama beberapa orang wakil dari Radio ERA telah meluangkan masa menziarahi mangsa kemalangan di Hospital Sungai Buloh. Beliau adalah adik Nisa Karmila berumur 9 tahun yang mengalami kecederaan seperti melecur dan cedera di tangan kiri setelah terselamat dari tragedi menyayat hati yang menimpa beliau.

Adik Nisa terselamat kerana tercampak dari kereta yang dipandu oleh ibunya. Namun ibunya Allahyarham Siti Sam Maalim serta adiknya Allahyarham Mohd Danish Lokman, maut dalam kejadian di Kilometer 2, Jalan Shah Alam-Puncak Alam. Dilaporkan mangsa gagal mengawal kenderaannya ketika menuruni bukit dan bertembung dengan kenderaan lain lalu kereta yang dipandu meletup dan terbakar. Mereka bertiga dalam perjalanan pulang dari melawat abangnya (Daniel Haziq,12 tahun) yang menerima rawatan di Pusat Rawatan Subang Jaya (SJMC) selepas terjatuh dari bas sekolah di sebuah sekolah di Puncak Alam,

Memang tragis apa yang dilalui oleh keluarga ini terutama bapa kepada anak kecil ini iaitu Encik Kamarul Zaman Mohd Yusof. Berita sedih yang menimpa keluarga malang ini telah diperkatakan di dalam salah satu segmen dalam slot PAGI ERA. Sejurus menerima panggilan dari Puan Lin yang merupakan jiran dan ibu kepada salah seorang pelajar di sekolah yang sama dengan anak mangsa yang melaporkan tentang kejadian menyayat hati tersebut..

Dalam slot PAGI ERA hari Rabu (21 januari 2009) yang lalu, Kami terpanggil untuk melakukan sesuatu dengan tujuan bagi memulihkan semula semangat keluarga ini. Alhamdulillah melalui panggilan yang diterima rakyat Malaysia sememangnya amat prihatin untuk memberikan sokongan moral.

Ketika di hospital memang jelas terpancar akan kesedihan anak kecil ini yang bagaikan trauma dengan kehilangan insan tersayang yang pernah mereka dampingi sebelum ini. Bayangkan kasih sayang seorang ibu dan isteri...hilai tawa seorang adik dan anak hanya...dipinjamkan dalam jangka waktu yang singkat buat mereka sekeluarga.

Aduhh gugur air mata Paknil pagi itu semasa bertugas mendengar kisah tersebut. Bermacam persoalan yang bermain difikiran. Bayangkan diri kita berada di tempat Encik Kamarul Zaman menerima dugaan yang berlaku dalam sekelip mata. Sebagai seorang bapa juga, Paknil dapat rasakan kesedihan itu.

Demi memberi semangat buat anak-anaknya yang masih memerlukan perhatian beliau, perasaan sedih dan sayu itu langsung diketepikan walaupun ada wajah duka di raut wajahnya. Kedatangan kami pada petang itu semoga memberi suntikan semangat buat keluarga Encik Kamarul Zaman untuk memulakan suatu kehidupan yang baru. Harapan saya semoga beliau lebih tabah kerana kekuatan anak-anaknya adalah dari beliau sendiri.


-Al Fatihah buat Allahyarham Siti Sam Maalim dan Allahyarham Mohd Danish Lokman.-

Assalamualaikum semua¡­apa khabar? Di harap anda semua dalam keadaan yang amat menyenangkan. 5 januari yang lalu Paknil telah ke udara buat pertama kalinya dalam slot 6-10 pagi. Slot itu lebih dikenali sebagai AZNIL RIUHKAN PAGI ERA BERSAMA DIN BERAMBOI.

Setakat ini alhamdulillah¡­semuanya OK dan terima kasih kepada anda juga yang memberikan komen-komen membina agar Paknil dapat memperbaiki gaya persembahan masa ke udara. Kat sini Paknil nak share betapa teruja dan bersemangatnya untuk memulakan slot ini di hari pertama. Bersempena dengan tarikh 5 Januari adalah hari pertama persekolahan. APa lagi Paknil dan Din Beramboi telah menjadikan studio ERA macam bilik darjah hahahha¡­.Kami berdua datang kerja pakai baju sekolah siap dengan tali leher lagi.

Din Beramboi pun tak ketinggalan pun siap bawa buku latihan lagi ke dalam studio ERA. Fuh mmg bersemangat kami pagi tu macam budak darjah satu yang pertama kali nak masuk sekolah rendah.

Bayangkan subuh gelap Paknil keluar rumah berpakaian baju sekolah lengkap. Memang lain sangat feelnya. Nasib baik jiran-jiran tengah tido lagi,. Kalau tidak mesti diorang semua hairan¡­hehehehhe. Apa pun enjoy gambar terbaru kami sebagai pelajar baru.


Assalamualaikum semua...bermula 5 januari yang lalu Paknil pagi itelah mulakan tugas dalam slot baru dari 6 pahi hingga 10 pagi. Sokongan anda amat dihargai. Sila beri komen anda untuk Paknil bagi memeriahkan lagi slot ini. Thanx

Assalamualaikum semua yang singgah ke blog Paknil ni. Ini merupakan posting terakhir Paknil sehingga Paknil kembali ke tanahair nanti selesai mengerjakan ibadah Haji, InsyaALLAH. InsyaALLAH jugak, besok 1 Disember, Paknil akan berangkat ke Tanah Suci. Kesempatan ini Paknil ingin memohon maaf dan ampun kepada mereka yang mengenali dan yang tidak mengenali Paknil, yang minat dan yang tak minat Paknil, keluarga, sahabat, rakan media dan penyokong2 Paknil di sini yang sentiasa memberi semangat. Doakan kesihatan Paknil agar dapat menjalankan ibadah dengan tenang dan agar perjalanan ibadah Haji dapat Paknil lakukan dengan tenang dan lancar. Paknil akan turut doakan kesejahteraan buat semua yang ditinggalkan di sini dan seluruh umat Islam sejagat. Sehingga kita jumpa lagi, InsyaAllah....ASSALAMUALAIKUM!

LABAI KALLAH HUMMA LABAIK
LABAIKALA SYARIKALA KALA BAIK
INNAL HAMDA WALNI?ATA
LAKAWAL MULK
LA SYARIKALAK


(Hamba Mu datang menyahut panggilan Mu, Ya Allah hamba Mu datang menyahut panggilan Mu, Hamba Mu datang menyahut panggilan Mu, Tuhan yang tiada sekutu bagi Mu, Hamba Mu datang menyahut panggilan Mu, sesungguhnya segala pujian nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan Mu, tidak ada sekutu bagi Mu)

Assalamualaikum..apa khabar semua?

Pada hujung minggu yang lalu berlangsunglah UJIBAKAT TOM TOM BAK untuk SEGMEN JOM BORAK. Dari pagi sehinggalah ke petang Paknil dan team produksi Tom Tom Bak mengujibakat beratus-ratus kanak-kank yg datang. Letih den! Tapi melihatkan kepetahan mereka bercakap penat pun jadi hilang. Ye la awal2 pagi lagi dah anak2 ini disiapkan oleh ibubapa mereka nak ke ujibakat ni.

Macam2 fesyen pun ada. Yang penat sampai terlentok pun ada. Tapi yang penting semangat ingin mencuba. Itu buat Paknil tabik dengan anak2 ini. Pendaftaran bermula jam 9 pagi sampai 1 petang. Kat luar Lobi Pintu Utara Astro, Bukit Jalil, dah mula penuh dengan anak2 dan penyokong tetap ( siapa lagi kalau bukan ahli keluarga kanak-kanak). Sokongan yang macam ini lah bagus untuk anak2 sekarang.

Apa yang membanggakan untuk ujibakat kali ini, Paknil dapat lihat anak2 yang datang semakin keletah, bagus anak2 ni sebelum datang dah buat homework. Ni mesti kat rumah semua org tak dapat tgk siaran lain kecuali Astro Ceria jer hahahah. Yang penting jangan miss tengok TOM TOM BAK yer. Seperti biasa Paknil akan interview anak2 ini dan pihak produksi akan memilih mereka jika terpilih. Ini lah proses ujibakat TOMTOM BAK.

1 Pendaftaran 9 pagi - 1 petang.

Di sini kelihatan penyokong tetap kanak-kanak setia menanti memberi sokongan moral...Cayalah!

2. Borang disusun mengikut nombor giliran.

3. Menunggu giliran

4. Sesi ujibakat dengan Uncle Aznil

Itu la dia yang Paknil leh share pasal ujibakat TOM TOM BAK. Kat sini ada lagi gamba fesyen menarik dan aksi menarik kanak-kanak yg datang aritu.


Meriah tak batu permata kat kasut adik ni.

Ini adalah pakaian untuk ke sesi ujibakat sahaja yer...kalau pergi studio nanti mesti lagi meriahkan

Terlentok adik ni kepenatan.

Amacam fesyen adik ni?

Yang nak terbalik pun ada.

Jualan makanan juga ada disediakan.


Assalamualaikum semua, tengah buat apa tu? Musim cuti sekolah ni ada plan nak bawa anak-anak pergi mana-mana tak? Kalau yang free hujung minggu ni...JOM la bawa anak-anak ke ujibakat TOM TOM BAK.

Pada hari Sabtu dan Ahad ni akan diadakan ujibakat TOM TOM BAK, untuk mencari bakat-bakat baru untuk segmen JOM BORAK sahaja. Kalau ada anak-anak atau anak-anak buah yang petah bercakap dan yang bercakap terhenti-henti tu apakata bawa jer mereka ke UJIBAKAT TOM TOM BAK. Maklumat macam kat bawah ni:

UJIBAKAT TOM TOM BAK - SEGMEN: JOM BORAK

TARIKH : 22 DAN 23 NOVEMBER 2008

TEMPAT : NORTH ENTRANCE, ASTRO, BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR.

MASA : 9 PAGI - 1 PETANG ( PENDAFTARAN)

UMUR : 3 TAHUN - 7 TAHUN

-SILA BAWA GAMBAR UKURAN 4R