Anda boleh melakukan berbagai-bagai dengan entri anda di sini. Mengedit atau memadamkan entri, menukarkan seting, menambahkan is sebagai kegemaran anda, menghantarkan ia kepada kawan anda, atau terbitkan ia di laman web lain. Jika entri anda ialah gambar, anda boleh memutarkan ia atau set sebagai gambar profil dalam dua klik. Pilih aksi yang berkenan dari senarai di sebelah kanan anda. Anda juga boleh memberi komen pada entri diri anda di sini atau (jika anda suka bersosial) membalas komen yang anda terima. Masukkan komen anda di kotak teks di bawah
ALHAMDULILLAH.
Hari ini 2 Februari 2009 Paknil telah dianugerahkan Bintang Kebesaran
Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan ke 35 di
Istana Negara. Penganugerahan Bintang JOHAN MAHKOTA WILAYAH telah di
anugerahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Tuanku Mizan
Zainal Abidin.
Menjunjung Kasih Tuanku!
Paknil nak ambil
kesempatan ini mengucapakan jutaan terima kasih buat YAB Perdana
Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan juga YB Menteri
Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Raffique atas pencalonan nama
Paknil bagi Anugerah Bintang itu.
Kini setapak lagi Paknil melangkah
untuk terus berbakti kepada Negara tercinta dan bidang yang Paknil
sayangi ini. Selaku anak jati Kuala Lumpur, Paknil akan terus
bekerjasama dengan pihak Kementerian Wilayah Persekutuan untuk
menjadikan tempat tumpah darah Paknil lebih maju dan setanding dengan
kota metropolitan dunia.
Paknil juga berharap, Anugerah Bintang ini
akan menjadi penyuntik semangat pada Paknil dan rakan yang lain untuk
terus melakukan tugas yang diamanahkan dengan ikhlas. Tidak pernah
sekelumit di hati ini terfikir untuk diiktiraf sedemikian rupa oleh
kerajaan dan Yang Di Pertuan Agong.
Berada dalam Balai Rong Seri,
Istana Negara itu sahaja sudah bagai mimpi jadi kenyataan bagi Paknil
apa lagi bersalaman dan dikalongkan Bintang oleh DYMM Tuanku.
Pada
penyokong-penyokong Paknil, terima kasih Paknil ucapkan semoga kowrang
terus beri semangat pada Paknil untuk terus berkarya. Paknil mahu terus
disayangi dan menyayangi kowrang semua! InsyaALLAH!