Temujanji bersama Aznil@Mum's Place, Dama...


Assalamualaikum¡­apa khabar semua? Yeah tinggal beberapa hari je lagi kita nak beraya¡­Haaa baju raya dah cukup ker? Ye la nak pakai masa raya pertama la¡­Open House la¡­macam-macam la. Pesan Paknil berpada-pada la kalau berbelanja tu, jangan sampai kering kontang pulak dalam akaun lepas raya nanti. Jangan ingat nak pakai duit masa raya jer. Ok la itu cerita pasal raya. Kita masih dalam bulan puasa lagi. Seperti biasa jemputan demi jemputan majlis berbuka puasa yang Paknil terima.

Inilah wajah2 yang menceriakan Majlis Temujanji Bersama Paknil kat Mum's Place.

Tapi jemputan yang satu ni memang istimewa sangat¡­Akhirnya pada tanggal 22 September 2008 Paknil dapat bertemu dengan pemenang 'Temujanji Bersama Aznil'. Seronok sangat dapat jumpa diorang ni antaranya Anne, Has, Mastura dan Alia. Terima Kasih byk2 atas kesudian mereka untuk hadir di Majlis Berbuka Puasa semalam Lagi satu paling istimewanya majlis ini diadakan di restoran kegemaran Paknil iaitu The Mum¡¯s Place, Damansara Perdana. Terima Kasih Mum¡¯s Place dengan hidangan yang sangat sedap seperti Ikan Jenahak Masak lemak, Semur Daging, Udang Sambal Petai, Ayam Goreng Berempah dan banyak lagi..Yummy!

Inilah Anne! Terima Kasih ye atas sokongan awak selama ini.

Apa yang paling penting dapat bertemu dengan kawan baru. Kalau nak tau salah seorang dari pemenang yang hadir yang bernama Anne adalah pengunjung setia blog peribadi Paknil. Dia ni memang rajin bagi komen dan semangat kat Paknil. Selain ada blog kat era ni, Paknil ada blog peribadi kalau senang tu lawat la aznilnawawi.blogspot.com . Kat Facebook pun ada just taip AZNIL HJ NAWAWI leh masuk group Paknil.

Sorang lagi yang anggun berbaju kurung merah namanya Mastura. Student lagi dia ni. Orangnya senyap tapi memang suka ambil gambar Paknil senyap2 hahahahah¡­kelakar la adik ni. Tapi sesekali bersuara tu boleh tahan gak dia ni.


Lagi sorang namanya HAS, peramah orangnya¡­janjinya nak bawa anaknya datang sekali tapi atas sebab yang tak dapat dielakkan anaknya tertinggal hahahah¡­ciannya. Tak sempat dia nak bawa anak-anaknya. Apalagi terus Paknil srh maknye call anak2nya di rumah. Lama jugak Paknil berborak dengan anak2nya. Memang cukup keletah suaranya samapai Paknil pasang ¡®loudspeaker¡¯ kat phone sampai tak henti2 ketawa semua orang.

Akhir sekali yang datang adalah Alia. Dia datang lambat sikit¡­takper yang penting berjaya jugak sampai kat Mum¡¯s Place jugak. Alia ni manis orangnya dan yang paling muda, umur dia baru 16 tahun.

Sweet sangat dia ni¡­belajar rajin2 ye¡­Cian dia tak bawa kamera semalam. Ok tataplah gambar Alia puas2 kat sini yer. Banyak bendala yang kami borakkan nak tau apa¡­ehem.. mana boleh bagitau. Rahsia hanya eksklusif buat mereka berempat jer.

Lepas borak lagi dan lagi¡­Tibalah masa untuk paknil menyerahkan cenderahati dari pihak ERA buat semua pendengar bertuah. Bukan itu saja mereka juga menerima Kad Hari Raya istimewa dari Paknil¡­dan lagi best setiap seorang dari mereka telah menerima Duit Raya dari paknil. Seronok kan! Fuh enjoy sakan mereka ni.

Tengkiu Anne dan Alia...

Selain itu Paknil juga menerima hadiah dari Alia dan Anne. Terima Kasihla banyak2. Kepada Anne, Has, Mastura dan Alia terima kasih di atas sokongan anda untuk Paknil dan ERA.

Korang memang best!!!

Masa borak kat phone dengan anak Has..kelakar sangat!

Bye...semua : )

Komen (2)

Masukkan Komen

Anda dikehendaki login untuk memberi komen. Login Epass sekarang! Tiada Blog lagi? Daftarlah untuk kewujudan dalam talian yang lebih baik sekarang! Ia adalah PERCUMA!